Jin boleh sebabkan sakit klinikal

Blog

Baca sekali: Rawatan anxiety

jin boleh sebabkan sakit klinikal

Jin boleh menjadi punca sakit klinikal

Jin tak semestinya ganggu kita macam dalam drama. Ketuk pintu, gerakkan barang, nampakkan bayangan & macam macam. Sebab realitinya, hantu tak ganggu kita macam dalam filem yang kita tengok tu. Mungkin ada lah 1-2 kes yang sama macam filem. 

Tapi majoriti yang kena memang tak sama sebenarnya. Hantu zaman sekarang dah moden dari hantu zaman dulu. Kata lain, hantu sekarang dah educated. Dah pandai buat kerja. 

Antara kerja kerja yang jin jin ni buat ialah duduk didalam badan kita. Bila dah duduk terlalu lama dalam badan kita, dia boleh mendatangkan kesan yang bahaya pada diri kita sendiri. Sama ada kita sedar atau pun tak sedar. Antaranya:

1. Boleh menyebabkan scoliosis. Tulang bengkok. Biasanya jadi pada perempuan. Punca medical tak diketahui. Kebanyakan pesakit scoliosis bila diruqyah akan merespon, menunjukkan adanya kehadiran gangguan makhluk halus. Tapi bukan pada semua la ya. 

2. Boleh menyebabkan cyst & fibroid.

Ini banyak kali jadi. Kalau ada, cuba buat check up melalui ruqyah. Mana la tahu ada. 

3. Boleh menyebabkan masalah kitaran haid yang teruk. 

Ini biasa jadi pada pesakit yang ada gangguan. 

4. Boleh menyebabkan tekanan darah tak stabil. 

Ini biasa jadi tapi ramai tak sedar.

5. Boleh menyebabkan anxiety disorder. 

6. Boleh menyebabkan kemurungan. 

7. Boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser. 

Kes kanser ni tak semua ya. Hanya segelintir sahaja. Kanser yang disebabkan gangguan jin, boleh pulih dengan cepat berbanding klinikal. 

Penafian: Semua penerangan diatas adalah berdasarkan pada pengalaman dalam rawatan.

Sakit klinikal yang berkaitan dengan gangguan jin boleh pulih

Sekiranya kanser yang pesakit alami tu terjadi disebabkan gangguan jin, maka sakit tu lebih sesuai diiktiarkan dengan rawatan ruqyah. Sekiranya kanser yang pesakit alami tu terjadi memang disebabkan klinikal, maka sakit tu lebih sesuai untuk kita ikhtiar dengan rawatan modern plus dengan rawatan ruqyah. Ikhtiar kedua duanya adalah lebih baik. 

Jangan terlalu moden

Jangan terlalu moden kan fikiran tu sehingga menolak perkara ghaib. Sebagai contoh, mati telah diconfirmkan oleh doktor kerana jantung. Tapi dalam Islam, mati tu tugas malaikat maut. Jadi kerana malaikat maut yang tarik, maka mati la kita. Kalau malaikat maut tak ada, maka takkan mati la kita. 

Jadi jangan la kita fikir, asal sakit sahaja perlu dibawa ke hospital. Berubat ghaib ni semua mengarut. Ingat, bukan semua sakit tu boleh sembuh melalui hospital. Perubatan Islam tu luas maksudnya. Bukan sekadar ruqyah, bukan sekadar moden. Simple. 

Jangan terlalu taksub

Kalau kita tak terlalu moden dalam dunia perubatan, alhamdulillah. Kita masih ingat kepada ilmu yang asal iaitu zahir & batin kita. Tapi jangan pula kita terlalu taksub dengan rawatan alternatif. Terlalu nak menyalahkan jin setiap masa. Kaitkan jin semua benda yang jadi dalam kehidupan kita. Salah tu. 

Sikit sikit sihir. Sikit sikit saka. Cara macam ni pun dikira sebenarnya dikira salah. Kita kena seiringkan usaha secara zahir & secara batin. Yang mana bersesuaian dengan sakit kita, kita ikhtiar. Jangan kita berat sebelah. Semua yang ada dalam dunia ni datang dari ilmu Allah. Berubat lah mengikut syariat yang ditetapkan. 

Hanya Allah yang boleh menyembuhkan sakit kita. 

Kesimpulan

Ikhtiar dengan rawatan moden & rawatan ruqyah kerana kedua duanya ada kelebihan yang tersendiri. ‘Perubatan Islam’ itu luas maksudnya. Bukan sekadar ruqyah & bukan sekadar moden. Jika tiada kesembuhan selepas buat rawatan dihospital, ikhtiar dengan rawatan ruqyah pula. Mungkin dengan asbab ruqyah kita boleh sembuh. 

Semua penyakit boleh disembuhkan dengan ayat ayat Al Quran. Apa pun jika kita dapatkan rawatan yang bersesuaian dengan penyakit, insyaAllah akan mudah disembuhkan. Mana mungkin pesakit yang kerasukan kita bawa ke hospital, betul tak?

You cannot copy content of this page