11 sebab kenapa pesakit susah nak sembuh

1. Tak percaya pada KUASA ALLAH

Mulut kata percaya, tapi perbuatan kita menunjukkan kita tak percaya dengan kuasa Allah. Tanamkan keyakinan dalam hati & jiwa kita sebelum memohon bantuan dari Allah. 

Letakkan Allah no 1 dalam hati. Apa pun yang kita buat dalam rawatan, utamakan Allah dulu. Baru ikhtiar yang kita buat menjadi.  

Percaya pada kuasa Allah bukan sekadar bercakap dilidah. Mesti betul betul menyakini, hanya Allah yang boleh menyembuhkan sakit kita. Iktikad & tetapkan keyakinan pada Allah. Allah akan beri kesembuhan. InsyaAllah baru boleh sembuh. 

2. Sebab sakit klinikal

Kadang kita sakit bukan sebab gangguan jin. Tapi sebab penyakit klinikal dan memerlukan rawatan yang betul untuk pulihkan. 

Kalau masalah memang berpunca dari gangguan jin, kita rawat dengan kaedah yang sesuai untuk membuang jin. Tapi kalau sakit kita berpunca dari sakit klinikal, dapatkan rawatan yang sesuai untuk sembuh. 

Rawatan kaedah ruqyah juga sebenarnya boleh merawat sakit klinikal. Cuma prosesnya tidak la sama seperti kita merawat masalah gangguan jin. Dapatkan rawatan yang tepat, maka cepat la hilang penyakitnya. 

3. Gangguan jin terlalu kuat, perlu rawatan ulangan

Gangguan jin yang terlalu kuat pada diri macam sihir & saka, biasanya sangat perlukan rawatan ulangan supaya gangguan jin dapat dikeluarkan sampai habis. 

Kebanyakan pesakit hanya buat rawatan dengan perawat sekali sahaja. Kemudian mengharapkan kesembuhan yang tak kunjung tiba. Perlu faham, rawatan ruqyah sama sahaja seperti rawatan di hospital. 

Bukan sekali rawat akan terus pulih. Perlukan beberapa sesi untuk membuang habis gangguan jin yang ada. Alhamdulillah jika sekali rawat kita sembuh.

Itu bermakna gangguan jin yang ada pada diri kita, bukan lah satu benda yang serius. 

Dengan perawat mana pun yang buat rawatan, pastikan kita buat rawatan ulangan, supaya masalah gangguan 100% pulih. 

4. Gangguan jenis berulang ulang seperti sihir

Dah buat rawatan. Dah buang & pesakit pun dah sembuh.

Tapi kesembuhan tu cuma bertahan 2-3 hari sahaja. Lepas tu sakit semula. Biasanya kes macam ni disebabkan, tukang sihir tu menghantar sihir lagi & lagi. 

Kita sebenarnya dah sembuh, tapi bila sekali lagi sihir tu dihantar, kita jadi sakit. 

Ini yang jadi masalah dalam dunia pesakit. Pesakit perlu ada amalan khusus & benteng diri yang sempurna. Kebiasaan dalam kes macam ni memang makan masa yang agak lama sedikit berbanding kes yang lain. 

Pesakit mesti berusaha bersungguh sunguh untuk sembuh dengan mengamalkan amalan amalan khusus dalam melawan gangguan sihir pada diri. 

5. Jarang berdoa pada Allah

Dah usaha untuk berubat. Dah berusaha dengan pelbagai cara. Tapi semua tak berkesan. Mungkin hanya satu yang belum kita buat.

Doa & solat hajat. Meminta bantuan yang khusus dari Allah kita tak pernah buat lagi. 

Sebab tu segala usaha kita macam tergantung. Buat semua macam tak jadi. Berubat la dengan siapa siapa pun, tapi kalau tak minta pada yang menyembuhkan, akan sama juga hasilnya. 

6. Malas berusaha, hanya harap pada rawatan

Kita mesti ada usaha selain dapatkan rawatan. Bukan 100% menyerahkan kepada perawat & rawatan.

Antara usaha lain selain dari rawatan Islam ialah: 

1. Pujuk & berbincang (Jika masalah rumahtangga)

2. Jaga pemakanan (jika sakit klinikal pada diri)

3. Amalkan amalan khusus & benteng diri (Jika terkena sihir)

4. Usaha cantikkan kedai & buat marketing (Jika terkena sihir pada kedai)

5. Jaga SOP dalam rumah (Jika terkena gangguan jin asyik)

6. Ambil tahu tentang penyakit yang kita alami. 

7. Terlalu percaya & bergantung makhluk

Meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada makhluk adalah salah. Terutama meletakkan kepercayaan “ustaz” ni boleh menyembuhkan. Ya semua orang tahu, Allah yang menyembuhkan. Tapi itu hanya kata kata dimulut sahaja.

Tapi jika dilihat pada perbuatan, menampakkan sangat taksub tu, menampakkan sangat sikit sikit “ustaz” tu hebat & sebagainya. 

Jadi kalau betul Allah itu Maha Menyembuhkan, jangan cakap sahaja ya. Tunjukkan melalui perbuatan. Kalau bercakap sahaja, budak 7 tahun pun boleh bercakap. Banyakkan muhasabah diri. Baru kita nampak kesalahan pada diri. 

8. Selalu merungut & tidak bersyukur

Dah berubat, dah nampak perubahan tapi bukannya bersyukur dan berterima kasih, bahkan banyak merungut & tak sabar.

Complaint sana sini.  Kata Allah macam macam. Salahkan perawat & lain lain. Akan buatkan masalah kita lagi tak selesai. Belajar untuk bersyukur dengan perubahan yang sedikit. InsyaAllah akan ditambah lagi & lagi. Dan akhirnya kita akan bebas juga dari penyakit. 

Kalau kita kurang kesabaran untuk menunggu kesembuhan, percaya la dia akan jadi lagi lambat nak sembuh. So elakkan, merungut. Ni akan buatkan kita jauh lagi dari kesembuhan. 

9. Tidak melaksanakan kewajipan

Kadang kadang masalah & sakit yang Allah beri ini adalah untuk mengingatkan sesuatu kepada kita. Mungkin juga kena banyak sedekah. Mungkin juga kena berbuat baik dengan orang lain. 

Mungkin kita ada dosa dengan mak ayah. Mungkin juga kita ada dosa dengan pasangan. Banyakkan bermuhasabah diri. Kita akan jumpa jawapannya. 

Kalau kita banyak dosa dengan Allah. Banyakkan bermuhasabah diri. Betulkan solat kita. Tengok semula kewajipan kita kepada Allah. Adakah semuanya benar?

10. Terlalu anxiety (Asyik fikir sakit)

Terlalu risau dengan penyakit yang kita alami pun akan menyebabkan kita susah nak sembuh. Sebenarnya kita dah sembuh, tapi bila kita asyik fikir benda yang sama, dia jadi tak sembuh. 

Bila kita diberitahu tentang sihir or saka, kita jadi auto risau. Kemudian kita akan dapatkan rawatan. Bila dah buat rawatan, kita masih risau lagi.

Hari hari fikir pasal sihir, sihir & sihir. So lama lama akan buat kita bertambah stress. Bila kita stress, lama lama kita akan down. Bila down, gangguan jin akan datang semula pada diri. 

Jadi sebelum kita dapatkan rawatan, pastikan kita betulkan dulu pemikiran kita. Yakin pada ALLAH, tiada apa yang perlu dirisaukan. Jangan fikir & risau berlebihan. Kelak akan membawa kesan yang buruk pada diri. 

11. Terlalu banyak perawat

Kalau kita sedang buat rawatan dengan pusat rawatan A, pastikan kita buat rawatan sampai selesai. Jangan buat separuh jalan, kemudian pergi ke pusat rawatan B. Kena habiskan dulu sesi rawatan di pusat rawatan A. 

Jika selesai rawatan disana, ambillah masa sekurang kurangnya seminggu. Baru la dapatkan rawatan di pusat rawatan B. Tapi pastikan juga dah buat sekurang kurangnya 3 kali rawatan ke atas di pusat rawatan A sebelum dapatkan rawatan di pusat rawatan B. 

Jangan baru sekali rawat di pusat rawatan A, tetiba beralih ke pusat rawatan B. Kalau macam tu bila nak sembuh? 

Kalau kita campur campurkan rawatan, kesudahannya takkan habis biasanya. Kita mungkin fikir, akan lagi cepat sembuh. Tapi sebenarnya tak ya. Silap silap boleh jadi lagi teruk. 

Ini sebab kita tak tahu kaedah apa yang digunakan pusat rawatan A & B. 

Mungkin salah satu dari pusat rawatan ni menggunakan pendamping, khadam & lain lain unsur sihir. Sebab tu keadaan tak berubah. Sekejap buang, sekejap diisi semula. Elakkan. Buat satu persatu. Jika dah selesai, baru beralih ke pusat rawatan yang lain. 

12. Kaedah rawatan yang tidak sesuai

Sama macam hospital, bila kaedah rawatan yang digunakan tidak sesuai untuk merawat penyakit, dia akan jadi lambat nak sembuh. Sebab kita tak keluarkan punca utama dari tubuh badan. 

Kita tahu kaedah yang betul untuk keluarkan penyakit, based pada penyakit tu sendiri, insyaAllah penyakit kita akan sembuh. 

Umpama kita ada kencing manis, tapi kita makan ubat darah tinggi. So nampak tak, kaedah rawatan yang diberikan doktor tak sesuai. 

Kencing manis yang ada pada diri pesakit akan semakin memburuk walaupun dia makan ubat darah tinggi. Sebab ubat darah tinggi tak membantu untuk menurunkan gula dalam darah. Macam tu juga la dengan perawat ruqyah & pesakit.