Apa itu sihir pemisah?
Sihir pemisah adalah gangguan jin yang dihantar untuk memisahkan pasangan yang belum berkahwin, suami isteri, atau keluarga yang sedang bahagia. Sihir pemisah ini biasanya datang dari orang yang dengki dan nak tengok diri kita menderita. Jadi, dalam bab sihir ni, kita tak sepatutnya mengambil jalan mudah dan pada masa yang sama diri kita sendiri kena belajar cara melindungi diri supaya jauh dari gangguan sihir pemisah. Jangan sampai kehidupan kita seperti neraka sebab ramai yang anggap benda macam ni adalah benda yang tidak penting. Berubat segera jika ada banyak tanda pada diri.
Tanda-tanda sihir pemisah
22 tanda sihir pemisah yang mungkin berlaku pada suami isteri:
- Selalu gaduh dengan pasangan tanpa sebab yang jelas
- Tak ada nafsu dengan pasangan
- Ingin cerai tanpa sebab yang jelas
- Selalu mimpi buruk, tempat kotor, atau binatang buas
- Lebam satu badan tanpa sebab
- Susah tidur malam, susah nak bersama dengan pasangan
- Selalu nampak kesalahan pasangan, rasa besar je kesalahan tu
- Rumah sering bau busuk atau tak selesa bila bersendirian
- Rasa diperhatikan, terutama bila ada dalam rumah
- Kerap mimpi pasangan curang
- Panas baran melampau bila berada di dalam rumah, tapi cool bila berada di luar rumah
- Tidak bernafsu dengan pasangan tapi bernafsu dengan orang lain
- Kerap mimpi bersetubuh
- Kerap mimpi lelaki atau perempuan yang tak dikenali
- Nampak pasangan buruk dan hodoh, sebabkan kita jauhkan diri
- Benci antara satu sama lain, tapi rindu bila berjauhan
- Ada masalah komunikasi yang tidak pernah ada sebelumnya
- Tidak ada keinginan untuk bekerja sama dalam menyelesaikan masalah rumahtangga
- Salah satu pasangan menjadi lebih tertutup dan sukar untuk berbicara tentang perasaan
- Terdapat perubahan yang drastik dalam personaliti salah satu pasangan
- Alami masalah anxiety disorder – Selalu overthinking perkara yang tak ada.
- Alami kemurungan, hilang semangat & rasa down tanpa sebab yang jelas.
Tanda tanda diatas ini tak semestinya kena ada semua baru dikira sihir. Tanda diatas cuma panduan dan tanda ini adalah tanda yang biasa dialami oleh pesakit yang terkena sihir pemisah.
Sekiranya kita perasan pada diri kita ada sebahagian dari tanda-tanda di atas, itu bermaksud mungkin kita ada alami sihir pemisah tapi tak perasan kerana tak pernah didedahkan tentang perkara ini. Ingat, dalam bab rumahtangga ni kita kena selalu berjaga jaga dengan orang luar. Jangan kongsi apa apa kebahagiaan di media sosial. Jangan sampai dah musnah baru nak bertindak.
Boleh ke sihir pemisah dirawat?
Ya, sihir pemisah memang boleh dirawat. Rawatan sihir pemisah biasanya melibatkan kaedah-kaedah yang dijalankan oleh pengamal perubatan Islam seperti ruqyah dan amalan-amalan tertentu yang biasa diajarkan dalam Islam.
Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk merawat sihir pemisah:
- Mendapatkan bantuan perubatan: Berjumpa dengan pengamal perubatan Islam alternatif yang berpengalaman dan ada pengetahuan dalam merawat masalah masalah gangguan sihir. WhatsApp untuk bantuan.
- Ruqyah mandiri: Ruqyah mandiri adalah cara yang boleh dilakukan sendiri di rumah dengan membaca ayat-ayat Al-Quran dan doa khusus yang bertujuan untuk melindungi diri dan keluarga dari gangguan sihir atau jin.
- Meningkatkan amalan: Amalkan bacaan 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas) untuk melindungi diri dari hasad dengki dan sihir. Solat 5 waktu, berzikir, dan membaca Al-Quran juga penting untuk memperkuat benteng diri.
- Pencegahan: Jaga kehidupan peribadi dan kebahagiaan rumahtangga supaya tidak menjadi sasaran orang yang dengki. Elakkan berkongsi terlalu banyak tentang kebahagiaan rumahtangga di media sosial. Gambar gambar full tu semua elok buang. Gambar yang tak perfect saja masukkan. InsyaAllah.
- Support pasangan: Kerjasama dan saling bertolak ansur antara suami isteri sangat penting dalam melawan sihir pemisah. Berdoa bersama, membina hubungan yang kuat dan saling memahami perasaan masing-masing.
- Rawatan jarak jauh: Kalau pasangan tak mahu pergi ke pusat rawatan, rawatan jarak jauh boleh menjadi kaedah alternatif. Pengamal perubatan Islam boleh membantu merawat sihir pemisah melalui kaedah jarak jauh. Biasanya kes sihir pemisah ni memang perlukan rawatan dari jarak jauh.
Usaha lain diperlukan selain rawatan Islam
Walaupun rawatan Islam amalan ruqyah dan doa doa tertentu dalam merawat masalah sihir pemisah, masih ada juga usaha-usaha lain yang kita perlu diambil untuk memperbaiki hubungan suami isteri dan melawan sihir pemisah.
Ada beberapa contoh usaha yang boleh kita lakukan selain dapatkan rawatan Islam:
- Berbincang secara terbuka: Suami dan isteri perlu meluangkan masa untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi dalam rumahtangga. Komunikasi yang baik akan membantu memahami perasaan dan keperluan pasangan.
- Mendapatkan nasihat dan bimbingan: Ajak pasangan ke pejabat agama atau berjumpa dengan kaunselor perkahwinan yang dapat membantu memberi nasihat dan bimbingan dalam menyelesaikan masalah dalam rumahtangga.
- Membina hubungan yang lebih baik: Luangkan masa berkualiti bersama, seperti pergi bercuti, makan malam, atau menghadiri kelas perkahwinan bersama. Aktiviti-aktiviti ini akan membantu meningkatkan keintiman dan kepercayaan antara suami isteri.
- Saling memaafkan: Belajar memaafkan kesalahan pasangan dan mengambil iktibar daripada setiap peristiwa dalam kehidupan berumah tangga.
- Menyokong satu sama lain: Sama-sama berusaha untuk menjadi pasangan yang lebih baik dengan saling menyokong dalam setiap aspek kehidupan, termasuk pekerjaan, pendidikan, dan kehidupan sosial.
- Meningkatkan kepercayaan: Kepercayaan adalah asas hubungan yang sihat. Usahakan untuk menjaga kepercayaan pasangan dengan menepati janji, jujur dalam perkara-perkara penting, dan menjaga hati pasangan.
- Berdoa bersama: Berdoa bersama sebagai suami isteri akan menguatkan hubungan rohani dan membantu melindungi rumahtangga dari gangguan sihir dan jin. Sediakan waktu khusus setiap hari untuk berdoa bersama.
- Berkongsi tanggungjawab: Saling membantu dalam menjalankan tanggungjawab harian seperti menguruskan anak-anak, membersihkan rumah, dan memasak. Tanggungjawab yang dikongsi akan mengurangkan tekanan dan meningkatkan kerjasama dalam rumahtangga.
Kesimpulan
Kalau kita selalu gaduh dengan pasangan tanpa sebab yang jelas, cuba buat check up pada diri dan pasangan. Perkara macam ini memang penting, sebab ramai yang anggap remeh pada akhirnya bercerai jua. Jadi jangan sampai dah bercerai baru nak usahakan.
Ceritakan masalah pada pengamal perubatan Islam secara lengkap, dan perawat Islam akan tengok dan diagnosis tanda-tanda gangguan pada diri kita. Jangan anggap bergaduh ni perkara remeh semata mata. Sihir pemisah boleh dibuang dan dikunci supaya benda ni tak datang lagi pada diri kita.