Tanda sihir pelalau: Dibenci tanpa sebab

Tanda sihir pelalau ni ada banyak. Apa benda sihir pelalau ni? 

Sihir pelalau ini bermaksud sihir yang memberikan kesan kepada diri kita dengan menjadikan orang yang berada di sekeliling kita timbul perasaan rasa benci, meluat, rasa marah dan mula menjauhkan diri dari diri kita tanpa sebab yang jelas. 

Sihir pelalau ini bermaksud sihir yang menampakkan kebencian pada diri. Kata lain sihir pembenci.

1. Perasaan selalu salah di mata orang lain

Tanda pertama yang sering kita rasakan ialah kita selalu berada dalam situasi yang salah di mata orang lain. 

Kita ni macam magnet yang menarik kritikan dan kutukan orang ramai. Kita selalu merasa tak selamat & terancam bila berada di tempat orang ramai.

  • Orang lain terus menerus memberikan kritikan yang berterusan terhadap apa sahaja yang kita buat.
  • Selalu dipandang serong oleh orang sekeliling
  • Perasaan yang tak sedap hati pada setiap masa
  • Orang lain pandang hina pada diri kita walaupun kita tak buat apa apa.

2. Wajah menunjukkan aura kebencian

Kita merasa wajah kita seolah-olah memancarkan aura kebencian. Bukan tentang rupa atau penampilan, tetapi lebih kepada ‘vibe’ atau aura yang kita pancarkan, yang membuatkan orang sekeliling merasa tidak selesa dan akhirnya akan berakhir dengan kebencian.

  • Orang sekeliling rasa tidak selesa
  • Menerima pandangan negatif walaupun tanpa sebab
  • Wajah terasa berat dan lesu
  • Wajah nampak kusam & hitam 
  • Wajah nampak macam orang tua yang dibenci
tanda sihir pelalau pada diri

3. Orang lain cepat bosan

Kita merasa orang lain cepat bosan dengan kita. Meski kita telah mencuba berbagai cara untuk menarik perhatian dan minat mereka, mereka tetap cepat merasa jemu dan tidak berminat.

  • Perasaan diabaikan oleh orang sekeliling
  • Kehilangan minat yang cepat oleh teman-teman
  • Perasaan tidak dihargai

4. Hubungan dengan orang lain menjadi renggang

Hubungan antara manusia, baik dengan rakan sekerja, kawan baik, atau anggota keluarga, menjadi kurang senang dan renggang.

  • Rasa tidak dihargai oleh orang sekeliling
  • Kehilangan keharmonian dalam hubungan
  • Kesulitan dalam menjalin hubungan baru

5. Kehidupan dipenuhi masalah

Kita rasa kehidupan kita dipenuhi dengan masalah yang datang bertalu-talu dan tak pernah habis. Semua ini membuatkan kita terasa sangat tertekan dan lemah.

  • Rasa tertekan dengan masalah yang tak pernah selesai
  • Terlalu banyak halangan dalam hidup
  • Rasa putus asa dan tiada harapan
  • Masalah tak pernah selesai 

6. Orang lain lupa kita

Kita merasa seperti dilupakan oleh orang lain. Kita merasa diri kita menjadi tidak penting dan seperti tidak ada di mata mereka.

  • Rasa tidak diperlukan oleh orang lain
  • Rasa seperti dilupakan
  • Rasa seperti diabaikan

7. Susah untuk fokus

Kita merasa sangat susah untuk fokus pada apa-apa yang kita buat. Kita seringkali merasa gelisah dan cemas tanpa sebab yang jelas.

  • Susah untuk memberi tumpuan
  • Rasa gelisah yang berterusan
  • Menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugas
  • Fikiran selalu terganggu tanpa sebab
  • Selalu rasa stress tanpa sebab
tanda sihir pelalau

8. Impian dan harapan tidak kesampaian

Kita merasa seperti semua cita-cita dan impian kita tidak kesampaian. Ada saja halangan yang datang dan menghalang kita dari mencapai apa yang kita impikan.

  • Impian dan harapan sering gagal
  • Rasa kecewa dan putus asa
  • Rasa tidak puas hati dengan pencapaian diri
  • Tak ada support dari orang sekeliling
  • Rasa benci bila tengok diri sendiri

9. Tidak ada semangat

Kita akan rasa kehilangan semangat dan motivasi dalam diri. Kita rasa macam dah tiada tenaga dan keinginan untuk buat apa apa. 

  • Kehilangan semangat hidup
  • Rasa lesu dan tidak bertenaga
  • Tiada motivasi untuk meneruskan hidup
  • Tak minat untuk buat apa apa hobi

10. Tidak ada perubahan positif dalam hidup

Akhir sekali, kita merasa seperti tidak ada perubahan positif dalam hidup kita. Kita merasa seperti terperangkap dalam rutiniti yang sama dan tidak ada perkembangan.

  • Kehidupan yang membosankan
  • Tiada perkembangan dalam hidup
  • Rasa seperti terperangkap dalam rutin yang sama
  • Rasa mati itu lebih baik

Ingatlah, tanda-tanda ini boleh berlaku kepada siapa saja dan tak semestinya disebabkan sihir. 

Tapi, kalau kita rasa tanda-tanda ini berlaku secara berterusan dan kerap, benda ni mungkin berlaku disebabkan sihir. Perlu dapatkan khidmat dari pengamal Perubatan Islam.