17 tanda gangguan jin dalam rumah

Gangguan jin dalam rumah

Jin pun macam manusia juga. Dia boleh kesana kesini. Boleh masuk rumah orang ikut suka hati. Boleh menumpang mana mana yang jin tu nak. Kalau dia suka duduk kat rumah kita, lama sikit la dia duduk. 

Silap silap dia tinggal terus kat rumah kita. Sekali berumahtangga dengan kita. Bukan tu je, jin tu akan tidur dengan kita sekali, makan sekali & mandi bersama. 

Tak kira laki ke perempuan. Yang lagi parah tu perempuan la, sebab jin tu akan tidur & bersetubuh sekali. Itu yang jadi macam macam masalah kesihatan pada diri kita. 

So gangguan jin dalam rumah ni kita kena titikberatkan. Rumahku syurgaku. Kalau ada tanda tanda jin bertempat tinggal dalam rumah kita, segera buat sesuatu sebelum jadi lebih teruk. 

Tanda gangguan jin dalam rumah

Ada banyak tanda tanda gangguan jin dalam rumah. Ini antaranya:

1. Selalu bunyi guli ditingkat atas. Biasanya rumah flat & condominium. 

2. Selalu bunyi pindah perabut sana sini. Biasanya jadi pada rumah flat & condo. 

3. Selalu dengar orang buka paip dapur & bilik air. 

4. Susah tidur malam. Selalu kejang kaki, terpusing sana sini & macam macam lagi. Bila subuh baru mengantuk. 

5. Kerap mimpi buruk. Selalu mimpi jatuh tempat tinggi, tandas & tempat kotor. 

6. Selalu kena tindih. Terutamanya perempuan. 

7. Selalu mimpi kena setubuh dengan lelaki yang tak dikenali. Selalunya perempuan. 

8. Rasa down tanpa sebab bila berada didalam rumah. 

9. Anxiety disorder. Rasa bimbang & takut tanpa sebab yang jelas. 

10. Rasa nak marah tanpa sebab yang jelas. 

11. Rasa panas dengan keluarga, pasangan & anak. 

12. Kerap kena tindih waktu tidur. 

13. Nafsu terkunci bila bersama pasangan. Tapi bila ditempat lain, keadaan jadi baik. 

14. Rasa katil bergoyang ditengah malam. 

15. Alami kemurungan disebabkan terlalu lama duduk dalam rumah. Kemurungan sebahagian dari tanda tanda gangguan.

16. Rasa resah gelisah tanpa sebab yang jelas. 

17. Selalu rasa bahang walaupun aircond dah dipasang. Kadang kita ingat aircond ada problem, tapi sebenarnya tak.  

Ada banyak lagi tanda tanda gangguan jin dalam rumah, yang diatas, hanya tanda tanda yang paling lazim terjadi. 

Jin boleh masuk ikut mana mana

Jin boleh ikut kita balik dari tempat kerja terus kerumah. Jin boleh datang bersama sama tetamu kemudian menetap dekat umah. Jin boleh datang dari rumah sebelah. 

Jin boleh masuk ikut tingkap & pintu yang terbuka. Sebab tu waktu maghrib kita kena tutup pintu. Terutama sebelum azan maghrib.

Kalau kita selalu makan luar, boleh jadi ada jin dari sana ikut kita balik. Kalau kita ada kawan yang tengah sakit & ada kaitan dengan masalah gangguan, pun boleh terkena tempiasnya pada kita. Ringkasnya jin boleh datang dari mana mana. Ada yang datang pada kita bersebab & ada yang datang tanpa sebab yang jelas. 

Jin ni macam virus. Kita kena selalu jaga anti body supaya virus tak mudah jangkit pada diri kita. So sama macam jin, kita kena jaga amalan supaya jin tak mudah ikut kita balik. 

Kalau amalan kita lemah, jarang buat pendinding diri, jin mudah mendekat, dan kita akan bermasalah dalam hidup.

Rumah yang berisiko didiami jin

Antara rumah yang berisiko tinggi untuk didiami jin:

1. Rumah orang orang yang tak pernah solat. 

2. Rumah banyak asap. Antara contoh asap rokok. Lagi banyak merokok, lagi berisiko tinggi rumah dijadikan tempat tinggal jin. 

3. Rumah yang mengamalkan ilmu ilmu sakti seperti kebal, terbang, pertahanan diri yang melibatkan khadam. 

4. Rumah yang banyak perempuan didalamnya. Terutama yang muda & cantik. 

5. Rumah pengamal ilmu hitam. Jin sebagai penjaga diluar rumah. 

6. Rumah pengamal perubatan Islam. Disebabkan selalu merawat pesakit, perawat mungkin terkena tempias menyebabkan rumahnya didiami jin. 

Kesan pada diri bila rumah didiami jin

Jangan pandang remeh dengan gangguan jin yang duduk dalam rumah kita.

Bukan soal berani atau tak berani. Soalnya jin jin ni takkan duduk diam. Dia akan menyusahkan hidup kita tanpa kita sedar. Perhatikan kesannya bila jin duduk terlalu lama dengan diri kita. 

1. Semangat kita akan hilang tanpa sebab. Kadang kadang kita semangat, kadang kita tak semangat. 

2. Emosi kita jadi terganggu sampaikan dengan pasangan kita pun kita akan bawak bergaduh disebabkan benda benda kecil. 

3. Kita mungkin akan alami kemurungan. Down & sedih tanpa sebab. Lagi lagi kalau kita duduk sorang sorang. 

4. Kita mungkin akan alami anxiety disorder. Terutama yang lemah semangat. 

5. Badan kita akan jadi sakit sakit sampai kadang dah makan ubat pun masih sama. 

6. Yang perempuan boleh susah mengandung. Punca nya sebab ada jin dalam rumah. 

So nampak tak, jin dalam rumah bukan sekadar ada dalam rumah. Tapi akan bawak masalah pada diri kita. 

Kesannya kita akan nampak bila kita dah jadi teruk. So cegah sebelum terlambat. Bila dibiarkan, itu yang ramai bercerai. Punca dia cuma benda benda kecik je. 

Tapi disebabkan tak tahu, kita pasrah je la. Sentiasa belajar & update dengan tanda tanda gangguan jin dalam rumah. InsyaAllah kita boleh elak selagi kita boleh elak. 

Azan boleh keluarkan jin dari rumah

Kalau betul dalam rumah ada gangguan jin, jangan terburu buru dapatkan rawatan Islam. Masih ada kaedah untuk kita usahakan sendiri. 

Antaranya ialah azan.

Azankan rumah kita disetiap ruang. Ruang tamu, bilik & dapur. Bilik air tak perlu pun. Kemudian baca ayat kursi 7x & 2 ayat terakhir dari surah Al Baqarah. 

Sambil baca, tapak tangan letakkan didinding rumah. Niatkan untuk menghadirkan pendinding ghaib. 

Kemudian kita tengok keadaan rumah tu dalam sehari dua. Biasanya semua simptom gangguan yang kita alami tu akan hilang. Tapi kalau tak hilang juga, masih ada gangguan juga.

Baru la kita dapatkan rawatan dari perawat untuk pulihkan rumah. InsyaAllah. 

tanda gangguan dalam rumah

SOP yang perlu kita jaga ketika dalam rumah

SOP ni penting untuk elakkan diri kita dari gangguan makhluk halus. 

1. Tutup pintu & tingkap sebelum masuk waktu maghrib. 

2. Menjaga aurat diri ketika berada diruang tamu.  Khususnya perempuan. 

3. Selalu berzikir & mengaji Al Quran didalam rumah. 

4. Tidak menyebut perkataan perkataan yang negatif. 

5. Tidak mandi dalam keadaan bogel. Mesti berpakaian. 

6. Selalu mengemas rumah & sentiasa wangi. 

7. Jangan biarkan makanan membusuk. 

8. Sentiasa membersihkan bilik air. Bilik air yang kotor boleh mengundang gangguan jin untuk hadir. 

9. Jangan jadikan rumah sebagai tempat maksiat. 

10. Jangan tonton video lucah didalam rumah. 

11. Jangan tengok cerita hantu bersendirian. 

12. Jangan suka duduk seorang diri. Terutama perempuan. Jika terpaksa, wajib amalkan pendinding diri. 

13. Iqamat sebelum melakukan solat fardu. 

14. Sentiasa pastikan rumah tak busuk & sentiasa wangi. 

Jangan biarkan rumah selalu kosong

Rumah yang dibiarkan kosong lebih dari 3 hari, biasanya akan ada penghuni lain yang akan duduk di dalam rumah tu. 

Dekat luar ni ada banyak jin yang gelandangan. Tiada tempat berteduh & tempat untuk jin tu mencari makan. Jadi jin jin ni akan sentiasa menjadi rumah yang kosong untuk berteduh. 

Jin jin ni tadi akan pastikan rumah yang kosong tu tiada aura yang ditinggalkan dari manusia. Contohnya manusia meninggalkan bekas rokok & minyak wangi, menyebabkan kita boleh tahu rumah tu ada orang atau tak. 

So jin boleh tahu rumah tu ada orang atau tak melalui aura. Tiada aura yang akan dilihat selepas rumah tu ditinggalkan melebihi 3 hari, menyebabkan jin tu tahu yang rumah tu kosong. 

So sentiasa azan rumah bila kita balik kerumah. Azan disetiap ruang, untuk kita menghalau semua jin yang berteduh dirumah kita. 

Kesimpulan

Rumah tempat tinggal kita. 

Tempat kita beristirehat & beribadat. Jangan disebabkan jin, rumah kita jadi macam neraka. Sentiasa jaga SOP dalam rumah untuk kekalkan ketenangan yang ada. 

Pastikan kita beramal dengan ajaran yang diajarkan oleh Nabi. Antara amalan yang lazim kita perlu buat, ialah mengaji, menjaga solat 5 waktu, solat berjemaah & berwuduk setiap masa. Jangan biarkan rumah kita dihuni oleh syaitan. 

InsyaAllah semua gangguan jin tu akan pergi, tapi kalau simptom tu masih ada & sama, berhubung dengan pengamal perubatan Islam. InsyaAllah masalah ni dapat diselesaikan. 

Jadi penting untuk kita ambil tahu tentang tanda tanda gangguan jin dalam rumah. Hanya melalui tanda tanda kita dapat tahu, gangguan jin itu ada atau pun tidak. 

Masalah berkaitan