Perubatan Islam

Ikhtiar rawatan untuk masalah sihir dan saka keturunan. Ikhtiar untuk masalah yang berkaitan dengan mistik, gangguan jin, khadam & pendamping. Buang dan masalah akan selesai. 

Rawatan Islam bersama perawat perawat dari Perubatan Sufi - Merawat masalah sihir pemisah dan sihir pengasih. Perubatan Islam terbaik.

Antara ikhtiar

Terkena sihir pemisah

Gangguan sihir pemisah adalah sihir yang memisahkan hubungan diri dengan pasangan. Tak kira sama ada yang sudah berkahwin atau belum berkahwin. Biasanya sihir pemisah ini melibatkan orang ketiga atau disebabkan gangguan jin asyik dan sangat berkaitan dengan masalah berat jodoh. Rujuk pada tanda tanda gangguan jin untuk lebih kepastian. 

Terkena dengan sihir pengasih

Gangguan sihir pengasih ini terjadi dikeranakan ada seseorang yang mengambil kesempatan keatas diri kita. Sihir pengasih biasanya melibatkan minyak yang sudah dibaca, asap rokok dan bacaan mantra yang diamalkan kemudian dihembuskan atau dicalit kepada mangsa sehingga mangsa menjadi angau & timbul perasaan suka.

Gangguan jin asyik pada diri

Gangguan jin asyik adalah jin yang jatuh cinta kepada manusia. Bukan sekadar cinta, tapi juga sangat bernafsu. Mangsa gangguan jin asyik kebiasaannya adalah seorang perempuan yang cantik, tidak menjaga aurat dan menarik perhatian. Antara tanda gangguan jin asyik ini adalah berat jodoh, kerap putus dengan pasangan, panas dalam hubungan, sentiasa bertengkar dengan orang yang kita sayang. Tandanya hampir sama dengan sihir pemisah. Ini yang sebabkan ramai yang keliru. 

Diganggu saka keturunan

Saka keturunan adalah jin yang berdamping dengan diri kita sejak sekian lama. Biasanya sejak kita kecil lagi kerana saka biasanya datang dari keturunan kita sendiri. Walaumacam mana pun tak semua orang akan didampingi saka sekali pun orang tuanya ada membela saka. Antara tanda saka pada diri ialah buat apa pun tak jadi, bertengkar dengan pasangan sejak berkahwin, susah dapat jodoh, susah dapat rezeki, segala perkara baik terhalang. Menjadikan hidup bertambah stress, murung dan anxiety. 

Masalah rumahtangga

Perubahan yang mendadak pada pasangan tanpa sebab yang jelas merupakan sebahagian dari tanda tanda gangguan jin pada diri. Sama ada terkena gangguan sihir atau pun terkena gangguan saka. Rumahtangga yang bergolak dan panas disebabkan benda benda kecik boleh sebabkan hubungan menjadi hancur tapi ramai orang tak tak tahu tentang perkara macam ini. 

Khadam Ilmu

Sejak menuntuk ilmu kebatinan hadirnya perasaan cepat marah, masalah datang bertubi tubi sehingga semuanya menjadi hancur. Jika anda alami masalah yang sebegini, ada kemungkinan ianya berpunca dari Khadam Ilmu yang diijazahkan tanpa pengetahuan diri. Semak tanda tanda gangguan jin pada diri melalui diagnosis. 

Rawatan Islam & Kerohanian

Tentang Perubatan Sufi

HAMPIR 15 TAHUN MERAWAT PESAKIT GANGGUAN

PerubatanSufi - Merawat saka keturunan

Kami dah rawat pesakit hampir 15 tahun dan hampir setiap hari kami merawat masalah gangguan sihir dan saka. Antara yang kami rawat termasuklah gangguan sihir, saka, badi, terkena ain, gangguan jiwa dan masalah rumahtangga. Rawatan berhadapan & rawatan jarak jauh disediakan kepada pesakit yang memerlukan.

RAWATAN UNTUK PELBAGAI KES YANG TAK MASUK AKAL

PerubatanSufi - Merawat pesakit sihir

Merawat masalah sihir, santau, gangguan jin asyik, pemakai, ilmu hitam, pengasihan, saka keturunan & masalah rumahtangga. Semua sakit ni memang boleh diiktiarkan asal dengan syarat kita mesti berpegang dengan keyakinan bahwa hanya Allah yang menyembuhkan. Bukan manusia.

sETIAP PENYAKIT BOLEH SEMBUH DENGAN KAEDAH RUQYAH

Perubatan Sufi - Buang saka keturunan

Semua penyakit yang bersifat ghaib boleh disembuhkan dengan bacaan ayat ruqyah dan doa yang khusus untuk matikan segala gangguan sihir dan saka keturunan. Masalah yang datang kadang disebabkan perkara yang kita sendiri tak nampak. Jangan percaya pada benda yang kita nampak dengan mata sahaja.

BANYAK KES YANG SUDAH SEMBUH

Ada banyak kes yang berjaya disembuhkan. Ada banyak kes yang dah pun selesai. Hanya dengan kaedah ruqyah, doa & kerohanian, semua masalah boleh selesai dengan izin Allah. Tapi pesakit sendiri pun perlu berusaha dengan berdoa kepada Allah, jaga solat 5 waktu, amalkan ayat ruqyah & sebagainya.

Hanya gunakan kaedah ruqyah, doa & kerohanian (alternatif)

Kaedah rawatan yang digunakan adalah menggunakan tangan kosong. Kami tak guna perasap, tak guna kemenyan, tak guna buluh dan sebagainya. Kami hanya membaca ruqyah & doa (juga menggunakan kaedah alternatif seperti ilmu gerak, sembelih, jurus & sebagainya) berserta limau purut dan air mineral.

Masalah rumahtangga, sihir & saka keturunan

Gambar diatas adalah rawatan terbuka, hanya dibuat pada hari hari tertentu sahaja. If hari biasa, rawatan tidaklah seperti dalam gambar. Gambar ni gambar dari tahun 2018. Ramai yang dah sembuh dengan izin Allah tapi tak semua kes tu dijamin sembuh kerana ada banyak faktor lain yang perlu kita tengok.

Kadang kadang sakit ni boleh terjadi disebabkan gangguan jin. Tak semestinya klinikal.

Ramai sangka terkena sihir, bila buat rawatan rupanya bukan sihir, tapi terkena gangguan biasa saja."

Tak pasti bertanya, jangan bersangka sangka.

Masalah dalam hidup adalah perkara normal. Tapi kalau setiap masa ada masalah yang datang, ada kemungkinan berpunca dari gangguan jin

Bukan semua kes itu berpunca dari gangguan jin. Ada kes memang berpunca dari diri sendiri. Kena perhati tanda gangguan dengan teliti pada diri

Berubat masalah yang berkaitan dengan sihir & saka boleh selesaikan masalah yang kita alami.

Masalah akan hilang kalau tiada lagi campur tangan gangguan jin pada diri kita.

Sihir tak semestinya dari buatan manusia. Kadang ianya cuma tempias dari luar.

Melalui tanda tanda gangguan jin kita boleh tahu sama ada diri kita terkena gangguan atau pun tidak. Rujuk dengan perawat Islam untuk kepastian.

Apa kata pesakit?

Antara kesan positif yang diterima selepas dapatkan rawatan disini

Antara aktiviti rawatan yang lepas

Perubatan Sufi - Merawat pesakit di pusat rawatan. Perubatan Islam terbaik.
PerubatanSufi - Ikhtiar buang saka keturunan dari tubuh badan pesakit
PerubatanSufi - Merawat pesakit sihir. Perubatan Islam terbaik
PerubatanSufi - Rawatan rumah ke rumah. Negeri ke Negeri. Bergantung kes dan masalah yang pesakit alami
PerubatanSufi - Merawat di rumah pesakit. Perubatan Islam terbaik.
PerubatanSufi - Pemulihan dan pagar rumah
Pesakit terkena sihir - Rawatan Islam dijalankan
PerubatanSufi - Ikhtiar buang sihir dari tubuh badan pesakit
PerubatanSufi - Merawat pesakit sihir
PerubatanSufi - Merawat pesakit yang terkena gangguan saka keturunan.
PerubatanSufi - Merawat dan membuang saka keturunan yang berada pada diri pesakit...
PerubatanSufi - Merawat di Hospital - Penyakit klinikal. Perubatan Islam terbaik di Malaysia.
PerubatanSufi Rawatan di Hospital - Pesakit alami sakit yang mungkin berpunca dari gangguan jin.
perubatan sufi merawat pesakit - Buang saka keturunan
PerubatanSufi - Merawat & membuang saka keturunan pada diri
Perubatan Sufi merawat pesakit - Gangguan jin asyik dan sihir.
PerubatanSufi -Terkena gangguan jin asyik (pendamping yang dah terlalu lama pada diri)
Perubatan Sufi datang ke dirumah pesakit
PerubatanSufi - Rawatan dirumah pesakit - Ikhtiar tahun 2016
Buang sihir dan saka keturunan
PerubatanSufi - Rawatan untuk masalah sihir dan saka di pusat rawatan.
perubatan sufi

Diagnosis Diri

Ramai orang suka bertanya untuk dapatkan kepastian tentang apa yang menganggu diri. Nak tahu apa yang menganggu diri? Buat Diagnosis Diri Sendiri disini – Layan Diri Sendiri sebelum dapatkan rawatan. 

perubatan Islam membuang sihir pada diri pesakit - rawatan jarak jauh juga disediakan

Buat Rawatan

Rawatan untuk diri sendiri, dan untuk orang lain. Fokus sepenuhnya pada masalah sihir, rumahtangga, gangguan emosi, susah tidur malam, panas baran & kerap mimpi buruk. Boleh whatsApp dan story masalah. Bukan semua kes perawat akan terima. Klinikal perlu dirawat doktor, gangguan perlu dirawat oleh perawat ruqyah. 

Tentang Blog Perubatan Sufi

Gambar dari PerubatanSufi.com

Perubatan Sufi adalah nama bagi blog perubatansufi.com. Nama asal untuk Pusat Rawatan ini adalah Pusat Rawatan Islam As Sufi. 

Sudah beroperasi dari tahun 2010 sehingga sekarang. Kita boleh buat carian di google & facebook dengan nama Perubatan Sufi atau Rawatan Islam As Sufi

Pusat rawatan As Sufi adalah Perubatan Islam yang mengamalkan kaedah ruqyah & doa (juga menggunakan teknik kerohanian & dipanggil sebagai kaedah alternatif). Kami tidak menggunakan sebarang perantaraan jin, khadam ilmu atau pendamping dalam melaksanakan rawatan keatas pesakit. 

Semua kaedah dijalankan selaras dengan Perubatan Islam. Tiada perasap, tiada bacaan yang tidak jelas, tiada menggunakan apa apa barangan sekali pun. Hanya dengan tangan kosong. 

Kami juga menjaga batas antara perawat dengan pesakit dengan memakai sarung tangan juga meminta izin sebelum mememang pesakit (dengan memakai sarung tangan). 

Pusat Rawatan Islam As Sufi adalah Perubatan Islam yang menjalankan rawatan di Pusat Rawatan, rumah ke rumah & menggunakan kaedah rawatan jarak jauh khusus untuk pesakit yang jauh, tak dapat hadir atas sebab tertentu & sebagainya. 

Pusat Rawatan Islam As Sufi sudah beroperasi sejak tahun 2010 sehingga sekarang (tahun 2024). Bermacam macam pesakit sudah dapatkan rawatan ditempat kami. Bermacam mcam penyakit yang telah dirawat termasuk lah penyakit klinikal. 

Buat masa sekarang (tahun 2024) kami hanya menjalankan rawatan rumah ke rumah & rawatan secara jarak jauh.